Sepasangan kekasih Gelandangan Lepas Hasrat Bertunang Ditentang Keluarga
Johor
Bahru.Metro Sumut
Pasangan
kekasih jadi gelandangan lepas hasrat bertunang ditentang keluarga,“ Kami tidak
mampu sewa rumah di sini mahal ” itu alasan diterima oleh kakitangan Pejabat
Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru (PKDMJB) dalam satu tinjauan
gelandangan di sekitar bandaraya ini bersama pelajar Institut Pendidikan Guru
(IPG), Temenggong Ibrahim, di sini. Rabu (10/06/2015).
Informasi
yang dihimpun Media ini, Dalam tinjauan dibuat bersempena Program Komuniti
Prihatin Gelandangan, seramai 80 gelandangan diselamatkan di mana lebih 60
peratus daripada jumlah itu membabitkan gelandangan transit yang bekerja di
sekitar bandaraya ini dan Singapura.
Pegawai
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Manayi Ibrahim berkata dalam
tinjauan seawal jam 1 pagi berkenaan gelandangan berumur antara 20-an hingga 70
tahun itu membabitkan pelbagai kategori,” Kebanyakan masalah gelandangan
berulang adalah membabitkan mereka yang terdiri daripada kutu raya disebabkan
masalah penagihan dadah atau alkohol. Bagaimanapun gelandangan transit paling
ramai diselamatkan dalam tinjauan itu “ katanya.
Alasannya,
kadar sewa yang mahal di bandaraya ini menyebabkan mereka tiada pilihan
sehingga sanggup tidur di kaki lima. Apatah lagi cuma berada di sini antara
empat hingga lima jam sahaja sebelum masuk semula ke Singapura.
Bagi
gelandangan yang bekerja di bandaraya ini, selain ada yang tidak menyewa rumah
ada juga memberi alasan jarak antara kediaman dan tempat kerja jauh menyebabkan
mereka tidak pulang dan sanggup tidur sebentar di kawasan terbuka,“ Kami turut
menemui sepasang kekasih yang tidur di sebuah jejantas mendakwa terpaksa tidur
di situ selepas hasrat untuk bertunang di halang keluarga. Kemudiannya mereka
datang ke bandaraya ini dengan alasan mencari pekerjaan ” katanya.
Beliau
berkata, kesemua 80 gelandangan berkenaan diselamatkan mengikut Seksyen 3 (2)
Akta Orang Papa 1977 dan sebahagiannya ditempatkan di rumah perlindungan untuk
tindakan lanjut manakala selebihnya diberi amaran lapor Sinar.(Abdullah).
Post a Comment