UFO Jatuh Di Laut Okinawa, Jutaan Ikan Mati


Okinawa.Metro Sumut
Objek terbang tidak dikenali (UFO) yang terhempas kedalam laut di Okinawa, didakwa menjadi punca berjuta-juta ikan mati di perairan kepulauan itu minggu lalu. 

Informasi yang dihimpun Media ini, Berjuta-juta ikan mati diperairan kepulauan itu dan setakat ini lebih 50 tan sudah dibersihkan di sepanjang pantai dan beberapa wilayah yang berhampiran, Lebih menghairankan bangkai yang ditemui mati itu menunjukkan kesan terbakar dan pendarahan dibahagian mata. 

Salah satu sumber yang dapat dipercaya, Pemerintah Jepun yang menyaksikan proses mengeluarkan UFO yang terhempas itu, Jutaan ikan yang mati di perairan Okinawa adalah kesan daripada ‘kemalangan’ UFO terbabit,“ Kami mempunyai pakar yang ditempatkan di kapal JS Kurama di laut Jepun yang bertanggungjawab membawa bangkai UFO itu ke permukaan ” kata sumber.

Sumber itu juga menambahkan, Perdana Menteri Jepun sudah dimaklumkan bahawa cecair misteri yang mengalir dari UFO terbabit menyebabkan asap beracun naik ke permukaan laut. 
Katanya, cecair itu bukan saja membunuh ikan tetapi asap yang dihasilkan menyebabkan anggota penyelamat sukar menaikkan bangkai UFO terbabit,“ Pakar turut menyatakan kebimbangan bahan kimia UFO itu boleh mencemarkan air laut dan membunuh hidupan di sekitarnya. Malah ketika diangkat, air laut di sekitar UFO terbabit mendidih ” Tambah sumber. 

Perdana Menteri Jepun Yoshihiko Noda dilaporkan menandatangani perintah menghalang media di negara itu melaporkan mengenai nahas yang berlaku.(Micel)

Tidak ada komentar